Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
Blog EntryApr 30, '07 10:36 PM
for everyone


Punca-punca gangguan makhluk halus


J
ika diteliti, terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya gangguan-gangguan makhlus halus. Menurut Ustaz Amsari Jais, Imam Pusat Tahfiz Nasjid Kem Terendak Melaka yang berpengalaman selama lebih lebih 5 tahun dalam peubatan Islam ini, gangguan makhluk halus ini disebabkan beberapa perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat Islam sendiri menyebabkan mereka mudah diresapi serta diganggu oleh makhluk halus ini. Antara perbuatan berkenaan ialah:

a) Tidak taat kepada Allah, meninggalkan sembahyang, tidak menjaga amalan dan ibadah serta melakukan sesuatu pekara bukan kerana Allah.

b) Menyanyi di dalam bilik air sewaktu mandi dan tidak membeca doa masuk ke tandas atau bilik air.

c) Rumah-rumah dihiasi dengan patung-patung hiasan, gambar-gambar lucah dan alat-alat yang melalaikan umat Islam. Di samping itu terdapat lambang salib (lambang agama kristian) pada gambar-gambar, lantai rumah atau dinding-dinding.

d) Masuk ke dalam rumah yang gelap, telah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni tanpa membaca Bismillah. Ini kerana golongan jin suka berada pada tempat-tempat gelap dan yang lama ditinggalkan.

e) Membuang air panas, membuang air kecil ke dalam lubang air (saluran pvc bilik mandi). Dikhuatiri golongan jin berada di kawasan tersebut kerana ia sukakan tempat yang kotor.

f) Terlalu takut kepada jin dan syaitan sehingga menjadi lemah semangat (lebih takutkan makhluk Allah daripada takutkan Yang Maha Pencipta).

g) Golongan wanita yang suka menangis, merintih, putus asa dan kecewa sebelum masuk tidur dan suka berhias (bersolek) berlebih-lebihan (dikhuatiri mudah terkena histeria).

>> sebagai pengetahuan kita semua..agar lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk dan tingkahlaku kita..walhhua'lam..
selalunya, yg tiada kita cari,yg ada tak dihargai, yg lebih dikejar, yg kurang dibiar, kelebihan dibangga, kelemahan dikesali, bersyukurkah kita?


devali wrote on Apr 30, '07
Sentiasa amalkan ayat Ta'awuz dan doa yang warid tanpa syak dan jemu. Ujian pasti datang pd orang beriman, itulah janji Allah. Yang penting samada kita bersabar atau bersyukur. Walllah A'lam.
syarifahsafiyah wrote on May 1, '07
syukran2...
syafiqishak wrote on May 1, '07
nak tambah...antare ssb2 lain yg sy tau: pmpuan tak tutup aurat, org yg bersifat pemarah n suke ikot nafsu..
syarifahsafiyah wrote on May 1, '07
btul2..
syukran..
du1691 wrote on May 3, '07
nk tambah....sbb pikir sgt bab2 tu ner dier xdatang...angap jer xwujud.
sueanne18981 wrote on Mar 5, '09
thx 4 d info.. (^-^)
engqdekoay wrote on Jul 28, '09
tak betul tu pendapat du1691, mana boleh anggap benda ghaib tu tak wujud,kita wajib mempercayainya kerana tlah tertulis di dalam al-Quran jin itu wujud dan boleh mengganggu gugat keimanan dan keamanan manusia khususnya bagi org Islam, wajib mempecayainya dan perlu barhati-hati agar terhindar dari gangguannya dgn menambah baik amalan kita....pengalaman ni saya dapat kerana pernah merasai gangguan jin dan sihir.
nasyidlover91 wrote on May 5, '10
jin dan syaitan juga makhluk ciptaan ALLAH.....wajib kite umat ISLAM meyakini kewujudannya.......basahkan lidah dgn ZIKRULLAH dan IBADAH dgn ikhlas dan tawaduk.....InsyaALLAH terhindar drpd gangguan jin dan bisikan syaitan........moga kite sntiasa mndpt prlindungan drpd ALLAH....(saya juga ade xperience dlm gngguan yg dmaksudkan.....)
607300000 wrote on Jun 30, '10
orang yang menyekutukan ALLAH pun kne gangguan jin ker..
Add a Comment